Tentang Kami
Bagaimana Kami Bermula
Siapakah Adina Beauty Legacy?
Adina Beauty Legacy ditubuhkan pada tahun 2021 dan beroperasi di Tebing Tembah, Terengganu. Jenama ini diasaskan oleh Puan Kamilah Adilin binti Ahmad dari Dungun, seorang usahawan yang komited membawa penyelesaian kesihatan yang selamat, mudah diamalkan dan mampu milik untuk semua.
Di Adina Beauty Legacy, kami percaya bahawa kesihatan bermula dari pemakanan yang baik. Setiap formulasi Susu Adina dihasilkan dengan gabungan 8 bahan makanan sunnah terpilih, diperkaya dengan nutrisi yang bukan sahaja menyokong kesihatan dalaman, tetapi juga memberikan manfaat kepada kesihatan mata, fokus dan tenaga harian.
Dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi, proses pembuatan di kilang bertaraf GMP & MESTI, serta komitmen terhadap keselamatan pengguna, Adina Beauty Legacy bertekad menjadi jenama pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan gaya hidup sihat dan seimbang.




Misi Kami
“Sunnah Dulu, Pasti Padu”
Misi kami adalah untuk membantu lebih ramai orang menikmati penglihatan yang lebih selesa, tenaga yang stabil, dan kehidupan yang lebih seimbang melalui kebaikan susu kambing dan 8 bahan sunnah premium yang dipilih dengan teliti.
